Saturday, August 13, 2011

Walaupun Gay, Ricky Martin Tetap Digilai Wanita

Gossip @murai

Walaupun Gay, Ricky Martin Tetap Digilai Wanita

Biarpun sudah mengaku dirinya adalah gay dan sedang menjalinkan hubungan dengan seorang pemain saham bernama Carlos Gonzalez Abella, namun penyanyi Latin popular, Ricky Martin, 39, masih tetap digilai ramai wanita.

Menurut Ricky Martin, dia tidak tahu mengapa ramai wanita yang masih menyukainya dan seboleh-bolehnya dia akan cuba menolak hasrat dan keingina wanit-wanita tersebut secara baik.

"Saya sudah ada teman lelaki dan dua anak lelaki. Tapi, masih ada perempuan yang cuba menggoda serta mengajak saya tidur. Malangnya, saya tidak tertarik langsung," katanya.

Ketika ini, Ricky Martin dan Carlos Gonzalez Abellatinggal di kota yang berbezaa kerana sibuk dengan pekerjaann masing-masing. Carlos tinggal di Puerto Rico, manakala Ricky tinggal di Miami dengan anak kembarnya yang berusia 3 tahun, Metteo dan Valentino.

"Carlos memang tinggal di Puerto Rico, tapi dia datang ke Miami hampir tiap setiap minggu. Dia bekerja sendiri. Apa yang pasti, kami tidak pernah berpisah lebih daripada 10 hari," tuturnya.

1 comments: