Sunday, August 28, 2011

Mila AF5 Ditaja MBSB Terbang Ke Georgia

news @murai

Mila AF5 Ditaja MBSB Terbang Ke Georgia

Setelah selesai merakamkan album Inggerisnya di United Kingdom (UK),nampaknya usaha penyanyi genit, Mila Jirin untuk melebarkan sayap ke luar negara tidak terhenti di situ saja kerana selepas ini dia bakal diterbangkan ke Georgia pula.

Lebih membanggakan , kunjungan Mila ke sana adalah mewakili Malaysia untuk ke Golden Talent International POP TV Performers Batumi Georgia anjuran Georgian Art Festival dan World Association of Festival anda Artiste (WAFA) pada 1 September ini.

Apa yang pasti, segala perbelanjaan Mila ke festival yang disertai dari 23 buah negara seluruh Eropah dan Asia itu akan dibiayai oleh Kelab Simpanan Cheaky MBSB sebanyak RM30,000.

Mila yang ditemui dalam sidang media selepas penyerahan cek bernilai RM30,000 oleh pihak MBSB berkata, dia sangat teruja dan terharu apabila usahanya untuk melebarkan bakat seninya ke luar negara mendapat sokongan daripada MBSB.
more

0 comments:

Post a Comment