Monday, August 22, 2011

Bebas Tuduhan Khalwat, Raja Azmi Akan Buat Pendedahan

news @mStar

Bebas Tuduhan Khalwat, Raja Azmi Akan Buat Pendedahan

Penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman akan mengadakan sidang media khas untuk mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku berhubung tuduhan khalwat yang dibuat ke atasnya dan bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim.

Ia akan diadakan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada Rabu ini, pukul 4.30 petang.

“Saya akan membuat sidang media untuk menjelaskan tentang tuduhan khalwat melibatkan saya dan Roslin. Segala-galanya akan didedahkan pada hari itu. Buat masa ini saya tidak mahu memberi komen lanjut,” katanya kepada mStar Online di sini, Isnin.

Raja Azmi enggan mendedahkan butiran kesnya itu sehinggalah pada majlis berkenaan.

Difahamkan sidang media itu dibuat selepas tiada pendakwaan terhadapnya oleh pihak Jabatan Agama islam Wilayah (Jawi) yang sudah beberapa kali tertangguh.

Selain itu, isteri kepada bekas jaguh badminton negara, Jailani Sidek ini juga akan mengadakan majlis doa selamat dan berbuka puasa sebagai tanda syukur terhadap kesnya itu. more

0 comments:

Post a Comment