Wednesday, August 17, 2011

Azwan Ali Papar Dunia Pondannya Dalam Buku

gossip @murai

Azwan Ali Papar Dunia Pondannya Dalam Buku

Selepas setahun menanti, akhirnya buku luahan rasa tentang perjalanan hidup selebriti dan pengacara kontroversi bernama Azwan Ali selama lebih 21 tahun bakal menemui peminatnya minggu depan.

Buku bertajuk Selamat Jalan Dunia...yang diterbitkan dan diedarkan oleh Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd itu disifatkan Azwan Ali cukup bermakna, sebagai menceritakan rentetan perjalan hidupnya yang dilimpahi pelbagai onak dan duri selama di cop sebagai selebriti pondan.

"Inilah buku yang menceritakan kehidupan saya sebagai selebriti yang telah dicop sebagai pondan. Kebetulan pula, kehidupan saya diwarnai oleh dunia pondan dan oleh kerana itu saya terasa amat bersyukur.

"Bukan itu saja, saya juga dilihat sebagai Raja Kontroversi dan insan yang sering dikaitkan dengan segala huru-hara. Inilah peluang saya untuk berkongsi pengalaman bersama peminat dan hanya menerusi buku ini saja mereka akan dapat membacanya secara eksklusif," katanya kepada murai.com.my.

Azwan Ali berkata, sebagai permulaan, buku setebal 176 muka surat dan beharga RM21.90 itu telah diterbitkan sebanyak 5,000 salinan dan boleh didapati di semua kedai buku utama di seluruh negara bermula minggu depan. more

0 comments:

Post a Comment