Wednesday, July 27, 2011

Jimmy Shanley Pukul Isteri ?

Gosip: Jimmy Shanley Pukul Isteri ?

Kini Suhalia atau nama sebenarnya Nursuhaila Eliani Suhaimy yang juga isteri kepada pengacara Jimmy Shaley telah pun mendedahkan siapa sebenarnya Jimmy dalam kehidupan Suhaila melalui media online baru-baru ini. Tidak disangka selama ini Jimmy merupakan seorang yang sukar kita bayangkan. Kata Suhaila, Jimmy ni kiranya orang yang 'high class' tidak mahu bergaul, mempunyai kepelikkan daripada sudut keluarga, memukul dan menampar Suhaila dan tidak ambil berat keatas anak sendiri.

Kata Suhaila: "Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang... itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.

"Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan," ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin.

Kata Jimmy: "Ya, memang benar. Saya pernah memukul Suhaila pada hari ketiga perkahwinan dan hari kedua kami bulan madu. Kejadian itu disebabkan dia mengingkari nasihat saya. Tetapi saya tidaklah memukul sehingga mencederakan dirinya,”.

"Saya hanya diberitahu menerusi SMS pada hari kedua bahawa anak saya sudah dilahirkan tetapi dia tidak beritahu saya bila dia akan keluar (wad) jadi macam mana saya mahu menjelaskan bil perubatannya itu?" . more

0 comments:

Post a Comment