Saturday, July 16, 2011

Isteri Jimmy Sedia Tinggal Serumah Lepas Pantang


news @mstar

Isteri Jimmy Sedia Tinggal Serumah Lepas Pantang


Pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Saleh memberitahu, dia kini sedang mempertimbangkan sama ada mahu meneruskan atau menarik semula permohonan nusyuz dan kembali taat yang difailkan terhadap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy.
Katanya, dalam membuat keputusan, dia mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat' akan sifat Nursuhaila Eliani kerana tidak mahu anak sulung mereka, Zahrah Shanley, yang lahir pada 24 Jun lalu menjadi mangsa dalam permasalahan rumah tangga mereka.

"Saya buat demi anak. Saya tidak kisah menjadi suami yang tidak bahagia, asalkan boleh menjadi seorang bapa yang bahagia. Saya sedia berkorban," katanya semasa ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis. Jimmy, 31, yang sedang mengendalikan program “Gala TV Plus” juga memberitahu, dia kini dimaklumkan bahawa terdapat perkembangan positif, dan Nursuhaila Eliani, 25, juga dikatakan bersedia untuk tinggal bersamanya selepas habis berpantang.
more

0 comments:

Post a Comment