Saturday, June 11, 2011

Terengganu Juara Piala FA 2011 !!

Piala FA 2011 Final : Terengganu vs Kelantan

Terengganu Juara Piala FA 2011 !!

Ohh yeahh ! Tepat jangkaan 9009, keputusan penuh 2-1 Berbangga dengan semangat pemain Terengganu kerana tidak mengenal putus asa walaupun di saat2 akhir !

Kosmo:

Gara-gara tertanduk bola ke gawang sendiri, Daudsu membuka jalan kepada Terengganu muncul juara Piala FA 2011 setelah menewaskan Kelantan 2-1 pada aksi final penuh dramatik di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berlarutan hingga ke masa tambahan malam tadi.

Dengan perlawanan dijangka sekali lagi akan berlarutan ke penentuan sepakan penalti buat tahun ketiga berturut-turut, pemain gantian, Ahmad Nordin Alias muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan Terengganu pada minit ke-108.

Kejayaan tersebut membolehkan Terengganu yang dibimbing Irfan Bakti Abu Salim merangkul kejuaraan kedua Piala FA setelah melakukannya kali pertama pada tahun 2000. more

TERENGGANU: Sharbinee Allawee, Helmi Remeli, Mazuki Yusof (K), Mazlizam Mohamad, Zubir Azmi, Joseph Kalang Tie, Reeshafiq Alwi, Ismail Faruqi, Ashari Samsudin, Abdul Manaf Mamat, Abdul Hadi Yahaya.

KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Daudsu Jamaludin, S. Subramaniam, Farisham Ismail, Zairul Fitree, S. Chanthuru, Shakir Shaari, Badhri Radzi (K), Nurul Azwan Roya, Izuan Solahuddin, Norshahrul Idlan Talaha.

Pengadil: Nafeez Abdul Wahab.


0 comments:

Post a Comment