Wednesday, June 8, 2011

Amazon kritik Hikayat Merong Mahawangsa

Amazon kritik Hikayat Merong Mahawangsa

Filem epik hebat (pertama di Malaysia) yang diarahkan
Yusry Abdul Halim iaitu Hikayat Merong Mahawangsa dikritik hebat oleh pengulas filem di Amazon.co.uk. Rata-rata pembeli yang membeli DVD filem itu yang bertajuk "Clash of Empires: Battle for Asia" memberikan filem tersebut 1 bintang sahaja.

Filem yang dibintangi Stephen Rahman-Hughes, Dato Rahim Razali, Umie Nazeera, Khir Rahman dan ramai lagi bintang antarabangsa itu diedarkan Metrodome Distribution.

Antara komen yang disifatkan agak pedas termasuklah komen dari pembeli yang menggunakan nama "Johnny Ramone" dari Hertfordshire, United Kingdom yang menyatakan filem tersebut "absolute trash". Manakala, "Bob Salter "Captain Spindrift"" dari Wiltshire, England pula memilih filem ini sebagai calon untuk Golden Turkey Awards. (
Amazon.co.uk)

0 comments:

Post a Comment