Tuesday, May 24, 2011

News: Perginya seniwati Mahyon Ismail

News @Kosmo:

Perginya seniwati Mahyon Ismail


HILANG lagi sebutir bintang yang pernah menghiasi dunia seni suatu ketika dahulu, saat dikejutkan dengan pemergian pelakon veteran seniwati
Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Ismail, 69, yang kembali ke rahmatullah pada pukul 1 tengah hari, Jumaat lalu di Hospital Pakar Ampang Putri, Kuala Lumpur.

Suatu ketika dahulu bukan sahaja bakat lakonannya berjaya menarik perhatian tetapi kejelitaannya juga berjaya memukau pelakon hebat Hussein Abu Hassan sehingga dia disunting menjadi isteri.
Darah seni yang mengalir pekat dalam diri kedua artis ini diwarisi pula oleh tiga orang anaknya iaitu Faizal Hussein, 44, Fairuz Hussein, 46 dan Fadilla atau Dilla Hussein, 47.
more

0 comments:

Post a Comment