Friday, May 20, 2011

Lady Gaga Berpendapatan RM13.5 Bilion

news @mStar

Lady Gaga Berpendapatan RM13.5 Bilion

BUKAN calang-calang orang, penyanyi Lady Gaga merupakan selebriti paling berpengaruh dalam bidang hiburan di majalah Forbes.

Gaga yang tersenarai dalam 100 selebriti paling berpengaruh Forbes itu dilaporkan memperoleh pendapatan sebanyak RM13.5 bilion sepanjang setahun dia terbabit dalam industri seni baik dari segi persembahan nyanyian, pembabitan dalam filem mahupun di pentas peragaan.

Selain itu penyanyi yang popular dengan lagu Bad Romance itu turut memecahkan tradisi dengan penampilan video yang unik serta imej fesyen yang tersendiri dan pelik.

Dalam pada itu Gaga turut menerima penaja yang banyak yang antaranya seperti jenama Polaroid, Virgin Mobile, Monster Cable dan Viva Glam.

Kedudukan Gaga dalam carta Forbes tersebut bukan kerana berjaya memperoleh sebanyak RM270 juta menerusi konsert jelajahnya sahaja bahkan dia juga mempunyai seramai 32 juta peminat di akaun Facebook miliknya dan 9.5 juta peminat menjadi pengikut Twitter Gaga. more

0 comments:

Post a Comment