Thursday, May 5, 2011

Konsert D'lloyd Imbas Kegilaan Tahun 1978

news @mStar

Konsert D'lloyd Imbas Kegilaan Tahun 1978

Kumpulan muzik legenda Indonesia D'lloydKumpulan muzik legenda Indonesia D'lloyd menganggap Konsert Semalam Di Malaysia di Istana Budaya pada 6 hingga 8 Mei ini begitu bermakna kerana dapat mengimbas kenangan lama ketika mereka muncul di negara ini pada 1978.

Kata ketua kumpulan yang juga pemain gitarnya, Bartje Van Houten, peluang untuk mengadakan konsert di Malaysia selepas hampir 10 tahun mengingatkan mereka pada sambutan luar biasa peminat dalam sebuah konsert pada tahun tersebut.

"Kenangan itu cukup indah dan luar biasa. Kami masih teringat lagi ketika itu, pentas dikerumuni peminat fanatik. Pihak polis yang mengawal keselamatan pun tidak mampu menenangkan keterujaan peminat.

Selain Sam dan Bartje, kumpulan yang mula aktif sejak 1969 ini turut dianggotai Yuhanny Fatmarida Susilo (Yuyun/flute), Chairul Daud (Khairul/dram), Candra Chasmala (keyboard) dan Uce F Tekol (Tooto/bass).

Untuk pembelian tiket atau maklumat lanjut, sila layari laman web www.ticket2u.com atau hubungi talian 03-41478600, 019-3391445 dan 019-2757192. more

0 comments:

Post a Comment