Monday, May 16, 2011

Jennifer Lopez - Kisah wanita tercantik dunia

news @kosmo

Jennifer Lopez - Kisah wanita tercantik dunia

NAMPAKNYA Jennifer Lynn Lopez atau popular dengan gelaran J.Lo bagai mengiyakan kata-kata bahawa umur itu sekadar angka. Biarpun bakal menginjak usia 42 tahun pada 24 Julai ini tetapi anak kelahiran The Bronx, New York, Amerika Syarikat (AS) itu masih tampil muda, langsing dan jelita.

Jadi tidak mustahil J.Lo yang sedang hangat dengan single terbarunya, On The Floor hasil duet bersama penyanyi Pitbull, dinobatkan sebagai Wanita Tercantik Dunia. Bahkan dia mengalahkan pesaing yang lebih muda daripadanya seperti Beyonce Knowles, 30, Reese Witherspoon, 35, Jessica Alba, 30 dan Angelina Jolie, 36.

Pengiktirafan itu adalah anjuran majalah People iaitu majalah mingguan di AS yang memaparkan rencah kehidupan selebriti Hollywood. Majalah terbitan Time Inc. itu mencatatkan jumlah edaran hampir mencecah empat juta di seluruh dunia. more


0 comments:

Post a Comment