Monday, April 4, 2011

ABPBH2010 : Artis Paling Popular Milik Shaheizy Sam

news @mStar
Link
ABPBH2010 : Artis Paling Popular Milik Shaheizy Sam

GENTING HIGHLANDS: Pelakon Shaheizy Sam dipilih sebagai Artis Paling Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) Berita Harian 2010 yang diadakan di Arena Of Stars di sini, malam Ahad.

Sam yang turut menerima anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular mendapat undian tertinggi sebanyak 126,168 undian.

Kemenangan Sam hampir memenuhi jangkaan ramai dan melayakkan dia membawa pulang hadiah berupa trofi, kereta Nissan Teana 2.0 liter berharga RM137,000 dan barangan kemas Rafflesia berharga RM180,000. Shaheizy Sam (kanan) bangga dengan kemenangannya sambil ditemani ibu tersayang Khaty Fauziah.

Sam turut merampas gelaran itu daripada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza yang memegang gelaran itu tahun lalu.

"Selama bertahun-tahun lalu, saya hanya berdiri dalam dewan ini dan menonton dari bawah.

"Terima kasih kepada Datuk Siti Nurhaliza kerana menarik diri dari bertanding kerana memang saya teringin untuk menang," kata Sam yang turut berkongsi kemenangan dengan ibunya, pelakon Khaty Fauziah.

Sam berkata, ibunya adalah antara penyumbang kemenangannya pada malam itu yang tidak jemu menghantar undian menerusi akhbar dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
more

Previous

9009 comments:
Tahniah buat Sam kerana berjaya ke tahap ini !! teruskan hasil senimu yang berkualiti

0 comments:

Post a Comment