Wednesday, March 16, 2011

Roslan Shah Kendalikan Program Bual Bicara Sendiri

news @mStar

Roslan Shah Kendalikan Program Bual Bicara Sendiri

KUALA LUMPUR: Selepas lebih 10 tahun berkecimpung dalam bidang pengacaraan, Roslan Shah akhirnya bakal mengendalikan sebuah program bual bicara sendiri iaitu Chewahhh Roslan Shah.

Roslan berkata, dia bersyukur kerana tidak menyangka ditawarkan oleh syarikat promosi.my untuk mengendalikan sebuah program yang menggunakan namanya sendiri dan peluang tersebut diharap dapat memudahkannya melangkah lebih besar dalam mengendalikan sesebuah program televisyen.

"Selama ini saya sering menjadi pengacara pada acara-acara besar dan menerima pelbagai plublisiti menerusi media cetak mahupun elektronik, tetapi tidak pula berpeluang mengacara di TV.

"Nak diikutkan saya sendiri tidak pernah menyimpan impian untuk memiliki sebuah program sendiri.

"Bagi saya ini adalah rezeki besar yang diterima hasil daripada kesabaran dan ketabahan saya sepanjang bergelar seorang pengacara, pelakon dan penyanyi," katanya pada majlis pelancaran iklan promosi.my, Selasa.
more

0 comments:

Post a Comment