Monday, March 7, 2011

Populariti Safee Sali dan Pelita Jaya

sports @bharian

Populariti Safee Sali dan Pelita Jaya

PENYERANG sensasi terbaru Pelita Jaya FC, Safee Sali buat pengurus dan jurulatih kelab Liga Super Indonesia (ISL) itu pening, bukan kerana persembahannya di atas padang tetapi disebabkan sambutan peminat yang tidak putus-putus ingin merakam gambar kenangan dengan penyerang negara itu.

Populariti Safee yang menjaringkan gol tunggal kemenangan dalam perlawanan pusingan kedua bertemu Sriwijaya FC kelmarin, bukan sekadar di atas padang ketika sesi latihan, malah turut berlarutan ketika menunaikan solat Jumaat di salah sebuah masjid di Karawang kelmarin hinggakan dia diserbu peminat ketika khatib sedang membacakan khutbah.

“Popularitinya kini boleh dikatakan mengatasi pemain lain seperti Cristian Gonzales dan Irfan Bachdim,” kata pengurus Pelita Jaya, Lalu Mara Satriawangsa. “Kadang-kala saya terpaksa menjadi seperti pengawal keselamatannya. more

0 comments:

Post a Comment