Wednesday, March 2, 2011

Enam Peserta Mentor 5 Diumum

Mentor 5 - Enam Peserta Mentor 5 Diumum

Enam peserta dipilih sebagai “protoge” dalam rancangan Mentor musim ke 5 yang bakal berlangsung pada 6 Mac ini.

Antara peserta tersebut ialah Salma, Ayish, Ratna, Shiha, Aiman dan Iqa.

Kesemua mereka telah memulakan latihan dan persiapan bersama Mentor masing-masing iaitu Erra Fazira (Salma), Noh Hujan (Ayish), Afdlin Shauki (Ratna), Datuk Sharifah Aini (Shiha), Rahim Maarof (Aiman) dan Edry Halim (Iqa).

Pengacara Mentor 5 masih mengekalkan Ally Iskandar, selain Nas Ahmad sebagai pengacara bersama untuk kisah di sebalik tabir.

Manakala Ajai sebagai Penasihat Vokal, Adam sebagai Penasihat Persembahan, FaizalUzir sebagai Pengarah Muzik dan Ramli M.S dilantik sebagai juri tetap buat pertama kalinya.

Konsert mingguan Mentor akan disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSB) pada setiap Ahad pukul 9 malam.

Previous news

Source:
Official facebook Mentor 5
TV3

2 comments:

  1. mlm ni rasanya abg nas tu dah terlebih sudah jgn kerana pulut santan binasa dan kerana mulut badan binasa sepatutnya abg nas kena minta maaf di khalayak ramai td kerana telah mengeluarkan kenyataan didepan erra fazira bhw wajah salma tu kurang berbanding dgn protoge yg lain itu satu kenyataan yg boleh menjatuhkan maruah seseorang harap tv3 ambil berat hal ini

    ReplyDelete