Saturday, March 26, 2011

70 Negara Tayang Hikayat Merong Mahawangsa

news @mStar

70 Negara Tayang Hikayat Merong Mahawangsa

Filem Hikayat Merong Mahawangsa yang setakat ini telah mencecah kutipan RM5.5 juta bakal ditayangkan di lebih 70 negara pada Ogos depan.

Filem yang diubah judul kepada The Malay Chronicles: Bloodlines itu bakal ditayangkan di Amerika Syarikat, Perancis, United Kingdom dan Jerman.

Sementara negara lain termasuk Kanada, Australia, New Zealand, China, Turki, Switzerland, Austria, Rusia, CIS & Baltic, Timur Tengah dan Scandinavian. Tajuk filem berkenaan untuk negara tersebut masih belum ditentukan.

Filem arahan Yusry Abdul Halim ini turut diterbitkan oleh produksi Epic Pictures yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan KRU Studios untuk filem Deadline lakonan Brittany Murphy. Filem itu telah ditayangkan di lebih 40 negara. more

0 comments:

Post a Comment