Tuesday, February 22, 2011

Zizan Raja Lawak & Dira Pengacara Baru Melodi

News @mStar

Zizan Raja Lawak & Dira Pengacara Baru Melodi

PETALING JAYA: Desas-desus mengatakan pengacara Fara Fauzana dan Wahid (Senario) akan meninggalkan Melodi rupanya benar apabila pihak TV3 mengesahkan Zizan Raja Lawak dan Dira Abu Zahar akan menggantikan kedua-dua pengacara itu berkuatkuasa April ini.

TV3 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Selasa memberitahu, selari dengan tempoh tamat kontrak Wahid dan Fara Fauzana pada penghujung Mac ini, pihak TV3 dengan sukacita memperkenalkan gandingan Zizan dan Dira selaku pengacara ataupun pemangkin baru Melodi.

Kejayaan program Melodi bukan sahaja meraih perhatian penonton dari segi kandungan terkini dan infomasi bermutu, malah program terbitan TV3 ini meletakkan perantara berkaliber sebagai platform untuk berinteraksi bersama penonton setianya.

Sejak mula diterbitkan pada tahun 1992, nama-nama seperti Dato’ Mahadzir Lokman, Fauziah Ahmad Daud, Aznil Nawawi, Azwan Ali, Raja Azura dan gandingan serasi Wahid (Senario) dan Fara Fauzana merupakan sebahagian besar daripada anak seni tempatan yang telah diberi kepercayaan memikul tugas berat mengendalikan program popular ini.

Program Melodi masih mengekalkan waktu siarannya iaitu setiap hari Ahad, jam 12.30 tengahari. more

1 comments: