Wednesday, February 23, 2011

Terima kasih gosip - Akim, Stacy

gossip @Kosmo

Terima kasih gosip - Akim, Stacy

BUKAN satu rahsia lagi tentang gosip hubungan cinta yang terjalin antara juara Akademi Fantasia 6 (AF 6), Stacy dan pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia (AF7), Akim. Namun, teka-teki itu bagaikan terjawab dengan pemilihan mereka berdua sebagai duta terbaru aiskrim Wall's Cornetto.

Ia sekali gus menguatkan gosip bahawa mereka benar-benar bercinta.

Biarpun hubungan mereka itu hanya ditafsirkan sebagai rakan baik oleh Akim, 20, namun hakikatnya Stacy,21, pula mengakui sukar untuk menterjemahkan perasaannya terhadap Akim.

Ini kerana bagi Stacy, perasaan cinta hanya wujud apabila pasangan itu hidup bersama-sama sebagai pasangan suami isteri.

Walaupun menafikan mereka bercinta, tetapi tatkala melihat kemesraan mereka ketika majlis pengumuman duta terbaru aiskrim Wall's Cornetto bagi kempen Lafazkannya dengan stail Cornetto yang menggandingkan mereka berdua, ia seperti mahu memberitahu dunia bahawa mereka sedang bercinta.

Pada majlis yang diadakan di Neutral Club, Kuala Lumpur itu, Akim dan Stacy turut berduet lagu tema kempen tersebut iaitu, Jahatnya Cinta. more

0 comments:

Post a Comment