Monday, February 28, 2011

Stephen Rahman Pernah Hampa Dengan KRU

news @mStar

Stephen Rahman Pernah Hampa Dengan KRU

HADIRNYA seorang lelaki bernama Stephen Rahman Hughes (gambar) di persada seni tempatan dengan memegang watak pahlawan dalam kebanyakan karakter pasti cukup berkesan kepada sesiapa sahaja yang menyaksikan lakonannya. Tidak dinafikan juga, susuk tubuh yang gagah itu membuatkan wanita kelihatan teruja melihatnya ketika dia beraksi.

Kerana itu, Stephen diberi gelaran Hang Tuah moden setelah melakonkan watak tersebut menerusi filem serta pementasan teater
Puteri Gunung Ledang (PGL) beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, selepas filem terbaru terbitan KRU Studios Sdn Bhd,
Hikayat Merong Mahawangsa muncul, mungkin gelaran nama Hang Tuah yang dipegangnya selama ini beralih kepada gelaran baru iaitu si Merong pula? Ternyata pemilihan Stephen oleh pengarah filem berkenaan, Yusry Abdul Halim untuk dijadikan sebagai pemegang watak utama Merong Mahawangsa bukan sembarangan ataupun dek kerana industri seni tiada pelakon tempatan yang hebat.

Yusry melihat watak Merong Mahawangsa yang memiliki darah Iskandar agung adalah sesuai dengan Stephen kerana karakter keturunan raja Macedonia handalan tersebut begitu dekat dengan jiwa pelakon itu. more

0 comments:

Post a Comment