Tuesday, February 15, 2011

Norlia Ghani Tolak Tuduhan Buat Gimik Kena Ragut

news @mStar

Norlia Ghani Tolak Tuduhan Buat Gimik Kena Ragut

PETALING JAYA: Pelakon veteran, Norlia Ghani, 63, (gambar) menafikan dia membuat gimik semata-mata ingin meraih publisiti murah kononnya wang pendahuluan untuk drama bersiri Mata Air sebanyak RM8,000 lesap akibat diragut.

Ia berikutan percanggahan kenyataannya mengenai laporan polis yang dibuat.

Norlia dalam kenyataan kepada mStar Online yang dihubungi beberapa jam selepas kejadian berkenaan pada Jumaat lalu memberitahu membuat laporan di sebuah pondok polis berhampiran pusat beli-belah Ampang Park, di mana lokasi kejadian ragut tersebut berlaku.

Kenyataan yang sama turut disiarkan di kebanyakan akhbar pada Ahad lalu.

Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnanin Abdul Rahman berkata, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Dalam masa yang sama ada sumber memberitahu peristiwa berkenaan sebenarnya gimik pelakon itu sahaja. More

2 comments: