Sunday, February 13, 2011

Nabil Raja Lawak Mengaku Nakal, Tapi Tidak Mabuk

Gossip @mStar

Nabil Raja Lawak Mengaku Nakal, Tapi Tidak Mabuk

KUALA LUMPUR: Pelawak Ahmad Nabil Ahmad, 27, menjelaskan khabar angin kononnya dia pernah mabuk dan bercumbuan dengan seorang gadis di sebuah pub hotel terkemuka di ibu negara adalah tidak benar.

Juara program Raja Lawak musim kedua itu berkata dia tidak pernah minum arak apatah lagi berkeadaan mabuk di depan khalayak.

"Saya tak tahu macam mana boleh timbul gosip ini. Rasanya saya tak berkelakuan tidak senonoh di depan umum. Kalau benarlah saya berbuat demikian, saya akan berterus terang dan mengaku. Tapi saya tidak buat.

"Tambah pula saya tidak pernah mabuk. Saya tak tahu kenapa orang sekarang suka mengaitkan perkara-perkara yang tidak elok tentang saya.

"Bagaimanapun saya harus akur bahawa menjadi seorang artis, orang ingin tahu segala kerja dan peribadi kita. Dan bila orang nampak apa kita buat, mereka akan bercerita.

"Saya ingin jelaskan bahawa apa yang saya lakukan dalam kehidupan seharian adalah sama seperti orang lain. Saya tak boleh nak menipu diri sendiri dengan mengurung diri di rumah tanpa bergaul," katanya yang ditemui pada majlis sambutan Anugerah Bintang Popular bersama calon-calon bagi kategori Artis Komedi Lelaki dan Wanita Popular di Hotel Le Meridien, di sini, Selasa.
Read more

0 comments:

Post a Comment