Monday, February 7, 2011

Harimau Malaya - pusingan kelayakan Piala Dunia 2014

news @HMetro

Harimau Malaya - pusingan kelayakan Piala Dunia 2014

PENGHORMATAN diraih Mohd Safiq Rahim selaku ketua pasukan kebangsaan yang menjuarai Piala Suzuki AFF Disember lalu bakal tergugat dengan kembalinya tonggak utama pertahanan Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak.

Aidil ZafuanSafiq, 23, memainkan peranan berkesan selepas ditugaskan oleh pengendali, K Rajagobal untuk mengemudi barisan negara mengharungi kejohanan itu ketika Aidil Zafuan terpaksa disisihkan selama hampir enam bulan angkara kecederaan lutut.

Namun, besar kemungkinan kedudukan itu bakal berubah apabila Aidil Zafuan yang kembali dipanggil menyertai skuad akan diberi tanggungjawab memakai lilitan di lengan bagi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Hong Kong di Stadium Shah Alam, Rabu ini.

Safiq RahimTapi persoalan itu bukan menjadi keutamaan buat Safiq kerana dia berjanji memberikan komitmen tidak berbelah bahagi walaupun tidak bergelar ketua pasukan.


“Tugas itu satu penghormatan besar bagi saya, apatah lagi berjaya memenangi Piala AFF. Setakat ini belum tahu siapa yang menjadi kapten, kena tunggu Rabu ini. Tapi bagi saya, siapa yang menjadi kapten pasukan tak penting sebaliknya kami perlu terus bekerjasama dalam satu pasukan. more news

0 comments:

Post a Comment