Saturday, February 19, 2011

Anugerah Sri Angkasa 2010 : RTM Raih 16 Anugerah

Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2010news @mStar

Anugerah Sri Angkasa 2010 : RTM Raih 16 Anugerah

KUALA LUMPUR: Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2010 menyaksikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mendominasi kemenangan pada malam pertama apabila meraih 16 anugerah daripada 31 anugerah yang dipertandingkan, Jumaat.

Dalam acara yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, RTM meraih sembilan anugerah menerusi kategori TV dan tujuh anugerah bagi kategori radio.

Antara kategori yang dimenangi oleh RTM antaranya Bicarawara Radio Terbaik, Skrip Radio Terbaik, Buletin Radio Terbaik dan Rancangan TV Terbaik.

Manakala stesen televisyen Media Prima pula merangkul enam anugerah antaranya Penataan Cahaya Penerbitan Hiburan TV Terbaik, Pengimbangan Muzik TV Terbaik dan Laporan Khas Berita TV Terbaik. more

0 comments:

Post a Comment