Wednesday, January 26, 2011

Magika Ungguli Anugerah Profima

Magika Ziana Zain Edry Abdul Halim news @mStar

Magika Ungguli Anugerah Profima

KUALA LUMPUR: Filem Magika arahan Edry Abdul Halim meraih empat anugerah daripada 20 kategori yang dipertandingkan pada Majlis Anugerah Profima 2010 yang diadakan di Hotel Palace of The Golden Horses, di sini, Selasa.

Antara anugerah yang dimenangi adalah Anugerah Kesan Visual Terbaik, Audio Terbaik, Kostum Terbaik dan Pengarah Seni Terbaik.

Anugerah Profima yang dahulu dikenali sebagai Anugerah Oskar ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada pekerja belakang tabir dan meraikan pencapaian mereka dalam bidang kerja masing-masing.

Acara tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) ini menyaksikan 62 kategori yang dipertandingkan termasuk sembilan anugerah baru seperti kategori anugerah Ikon Profima, Filem Pendek, Orang Belakang Tabir Veteran, Majalah TV Terbaik dan Kesinambungan Filem.

Dalam pada itu, tiga individu telah terpilih untuk anugerah Tokoh Profima 2010 iaitu penerbit filem Datuk Yusof Haslam, wartawan Ku Seman Ku Hussein dan ahli akademik, Allahyarham Anuar Nor Arai.
more news

0 comments:

Post a Comment