Saturday, January 29, 2011

Lin Dan vs Chong Wei again ?

Lin Dan vs Chong Weinews @bharian

Lin Dan tak dapat lari bayangan Chong Wei

2011/01/29
BAYANGAN pertembungan Lee Chong Wei menentang juara Olimpik, Lin Dan dalam final kejohanan badminton Terbuka Korea semakin menjadi satu realiti ketika ini selepas kedua-dua pemain elit dunia itu layak ke saingan separuh akhir, malam tadi.

Chong Wei menewaskan pemain China, Wang Zhengming 21-14, 21-19 manakala Lin Dan berhempas pulas menewaskan bekas juara dunia dari Indonesia, Taufik Hidayat 21-13, 8-21, 21-15. Hari turut menjadi ceria buat pasangan beregu emas negara, Koo Kean Keat-Tan Boon Heong selepas menewaskan rakan senegara, Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari/Ong Soon Hock 21-17, 12-21, 21-16 dalam saingan suku akhir, semalam. Dalam separuh akhir, hari ini Chong Wei akan menentang Du Pengyu - seorang lagi pemain China yang berada dalam ranking ke-11 dunia.

Lin Dan pula dijangka tidak menghadapi masalah untuk mengenepikan pemain muda Indonesia, Simon Santoso dalam satu saingan buat mengintai tiket ke final di kejohanan terkaya itu.

Kean Keat-Boon Heong bakal bertemu beregu nombor tujuh dunia, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae dari Korea Selatan dalam kelompok empat terakhir, hari ini manakala satu lagi saingan peringkat sama membabitkan pertemuan beregu nombor satu dunia, Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark menentang Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong (ketiga dunia) dari Korea Selatan.

0 comments:

Post a Comment