Monday, January 10, 2011

Keputusan AJL 25 Mengejutkan ??

news @ ManggaOnline

Keputusan AJL 25 Mengejutkan

Mengejutkan. Menghampakan. Itulah antara keluhan yang didengar daripada peminat dan rakan-rakan yang turut sama menyaksikan Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25) sebentar tadi. Seakan-akan tidak percaya keputusan yang diumumkan.

Malah penonton bertindak meninggalkan stadium tika nama Ana Raffali diumumkan sebagai Juara Lagu 25. Buat pertama kalinya pemenang di booo penonton. Biasanya peminat pasti akan menunggu untuk dengar si juara membuat persembahan semula.

Entah di mana silapnya sehingga rata-rata yang menonton tidak dapat menerima kenyataan Ana Raffali merangkul anugerah berprestij ini? Ketua juri, M. Nasir menjadi individu pertama dipersoal tika pemenang diumumkan, namun dia tetap yakin keputusan yang dibuat begitu tepat.

"Tolong Ingatkan Aku lagu yang sensitif, personal dan simple. Itu yang kami cari sebenarnya. Mungkin lagu ini tidak popular dan lagu lain lebih ramai peminat. Banyak lagu yang sedap tapi lemah pada liriknya. Lirik memainkan peranan yang besar kepada sesebuah lagu.

"Saya sedar keputusan ini akan dipertikaikan, namun apa yang penting rasa yang hadir dalam diri bila mendengar lagu ini. Lagu ini jujur berbanding lagu lain yang bertanding. Juri memilih lagu yang bagus, bukan lagu yang popular," ulasnya. more news/ previous news

0 comments:

Post a Comment