Wednesday, January 26, 2011

Harimau Malaya ’kena ikat’ ??

news @bharian
DATUK Seri Ahmad Shabery Cheek membuat satu kenyataan panas, semalam yang harus menyentap cabaran pasukan utama dalam kancah liga tempatan khususnya Liga Super yang bermula, Sabtu ini namun dari segi realiti segala-galanya tampak terarah kepada kebaikan masa depan skuad bola sepak Harimau Malaya.

Menteri Belia dan Sukan itu tampil dengan satu syor melarang pemain yang dikenal pasti mewakili skuad kebangsaan untuk misi kelayakan ke Sukan Olimpik 2012 tidak beraksi di liga tempatan selepas barisan didik K Rajagobal terpilih dalam program Road To London, semalam.

Apapun, Shabery tidak mahu terburu-buru, malah akan mengadakan perbincangan bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mencari jalan terbaik susulan ganjaran membiayai program latihan pemain negara ke kelab ternama diberi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. more news / previous news

0 comments:

Post a Comment