Tuesday, January 4, 2011

Azlan And the Typewritter Selamat Diijabkabul

News @ Mstar
Vokalis kumpulan Azlan And the Typewritter atau bekas vokalis MUH, Norazlan Rosle atau Lan, 28, sah bergelar suami kepada Normala Hassan, 28, pukul 10 pagi, Sabtu, di Surau Al-Munir, Batu 14, Hulu Langat. Normala menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran RM11,700, sebagai simbolik tarikh lahir Normala iaitu pada 7 November 1982.


Pasangan yang mengenakan pakaian bewarna krim sedondon itu turut menerima dulang hantaran sebanyak lapan berbalas dengan lapan. Majlis resepsi yang berkonsepkan perkahwinan dalam taman diadakan secara sederhana di Taman Pudu Ulu, Cheras.

Lan dan Normala telah bertunang pada Julai 2009 dan sepatutnya mereka dijadualkan bernikah pada November 2010. Disebabkan penundaan itu, Lan digosipkan bahawsanya dirinya dan Normala sudah putus tunang. -mStar

1 comments: