Monday, November 15, 2010

Majlis Pertunangan Emelda Rosmila Dan Adlin Aman Ramlie


Selepas empat tahun bercinta, pelakon dan hos, Emelda Rosmila Abdul Hamid, 29, serta Adlin Aman Ramlie, 37, yang juga anak pasangan pelakon AR TompelRuminah Sidek mengikat tali pertunangan, semalam. dan
Emelda atau lebih dikenali dengan panggilan manja Mel, memakai baju kurung rona putih rekaan Kia Konggo dihiasi selendang sedondon memilih hari pertunangan (14/3), sempena tarikh lahirnya yang ke-29.

“Kami sudah merancang majlis ini tahun lalu, tetapi memandangkan bapa saya, Abdul Hamid Mad Ally, 64, meninggal dunia Februari tahun lalu kerana sakit jantung, majlis ini tertunda.

“Lagipun, kesibukan kerja menyebabkan saya dan Adlin terpaksa memikirkan tarikh sesuai untuk pertunangan ini,” kata Emelda selepas majlis itu di rumahnya, Kampung Melayu, Batu Lapan (14/3).

Rombongan Adlin dari Kuala Lumpur yang disertai enam kereta tiba di rumah Emelda jam 12.30 tengah hari dengan membawa tujuh hantaran.

Emelda yang terkenal menerusi drama Manjalara memilih Adlin sebagai suami kerana terpikat dengan kematangan pelakon yang memegang watak sebagai Sultan Mahmud dalam filem Puteri Gunung Ledang itu.

Mel menerima sebentuk cincin emas putih bertatah berlian, sementara Adlin menerima cincin perak sebagai tanda pertunangan.

Mengikut perjanjian, pihak lelaki memberi hantaran RM30,000, mas kahwinmajlis perkahwinan diadakan 23 Mei ini. RM1,001 dan

Sementara itu, Adlin yang menyemai harapan bersama Mel sehingga ke akhir hayat berkata, majlis perkahwinan mereka diadakan sederhana dan secara ‘rewang‘ iaitu kenduri gotong-royong di kampungnya di Meru, Klang.

0 comments:

Post a Comment