Thursday, November 25, 2010

Gold Medal Again !! Congrats Malaysia

Sukan Asia: Skuasy wanita sumbang emas

2010/11/25
GUANGZHOU: Pasukan skuasy wanita Malaysia menguasai acara skuasy pada Sukan Asia ke-16 selepas menewaskan Hong Kong dalam pertandingan akhir berpasukan di sini.

Pasukan Malaysia yang diketuai pemain skuasy nombor satu dunia, Nicol Ann David, Low Wee Wern, Delia Arnold dan Sharon Wee mengalahkan Hong Kong, 2-0.
Kemenangan itu membolehkan kontinjen Malaysia mencapai sasaran untuk memenangi sembilan pingat emas pada Sukan Asia di Guangzhou.

NICOL David (dari kiri), Low Wee Wern , Sharon Wee dan Delia Arnold meraikan kemenangan selepas menewaskan pasukan Hong Kong sekaligus merangkul pingat emas kesembilan buat negara dalam Sukan Asia di Guangzhou, China . - Foto Mohd Yusni Ariffin


Source:
Bharian

0 comments:

Post a Comment